Cara Mudah Cat Motorsikal

A creative and easy way to create a pattern.

Pada post kali ini, kami akan berkongsi mengenai cara yang mudah untuk cat semula bahagian-bahagian motorsikal anda seperti cover set, kulit enjin, rim, helmet dan ekzos menggunakan Samurai Paint. Kami juga menyediakan video tutorial  sebagai rujukan dan jenis-jenis cat yang boleh digunakan mengikut kesesuaian bahagian motor yang ingin dicat. Jom kita tengok video langkah-langkah pengecatan semula  yang mudah ini !

Antara bahagian motorsikal yang boleh dicat semula menggunakan Samurai Paint:

COVER SET

Pertama, video di atas menunjukkan cara cat semula cover set dengan mudah menggunakan warna Kuning Fluorescent. Anda boleh menggunakan warna lain seperti warna metalik dan warna motorsikal Yamaha/Suzuki/Honda yang terdapat dalam Catalog Warna
Berikut adalah jenis cat yang digunakan dalam video diatas:

  1. 2K04 Epoxy Surfacer
  2. 2/102 White
  3. 56** Fluorescent Yellow
  4. 2K01 Clear Gloss

Yang kedua ialah langkah asas  untuk mengecat kulit enjin dengan menggunakan warna Khameleon Samurai Paint. Selain menggunakan Epoxy Surfacer 2K04 seperti video sebelum ini, anda boleh menggunakan Plastic Primer KPP di atas permukaan besi/alloy. Ketahui lebih lanjut fungsi Plastic Primer KPP dalam link ini. Jenis cat yang digunakan dalam video di atas ialah : 

  1. KPP Plastic Primer
  2. 29/109A Flat Black
  3. K3/T501**** Khameleon
  4. 2K01 Clear Gloss

HELMET

Video yang ketiga pula menunjukkan langkah untuk mengecat helmet menggunakan warna candy Samurai Paint. Anda juga boleh menggunakan langkah yang sama seperti video di atas untuk mengecat bahagian kulit enjin dan cover set motorsikal. Terdapat 4 jenis warna candy iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Tekan di sini untuk  menonton lebih banyak video kreatif  yang kami hasilkan menggunakan warna candy Samurai Paint.

Jenis cat yang digunakan dalam video di atas:

  1. 2K04 Epoxy Surfacer
  2. 29/109A Flat Black
  3. 39/1701 Sparkling Silver
  4. C015/Y111* Candy Blue
  5. 2K01 Clear Gloss

EXHAUST

Seterusnya ialah cat tahan panas untuk Exzos motorsikal dengan hanya menggunakan 1 jenis cat sahaja iaitu Hi-Temp Black atau Hi-Temp Silver. Anda juga boleh menggunakan kedua-dua cat seperti dalam video di atas mengikut kreativiti anda sendiri. 

H1*** Hi-Temp Silver
H2*** Hi-Temp Black

RIM

Selain itu, kami juga ingin berkongsi langkah-langkah untuk mengecat rim motorsikal menggunakan warna metalik seperti Sparkling Gold. Anda juga boleh menggunakan Plastic Primer KPP dan warna lain seperti warna candyfluorescent atau khameleon pada rim motorsikal anda. Jenis-jenis cat yang digunakan dalam video di atas ialah : 

  1. 2K04 Epoxy Surfacer
  2. 30/109 Black
  3. 40/1123 Sparkling Gold
  4. 2K01 Clear Gloss

INNER SET

Akhir sekali, salah satu cara untuk mengecat bahagian dalam ( inner set ) motorsikal anda ialah dengan menggunakan cat gerutu Samurai Paint. Selain itu, anda juga boleh  menggunakan cat biasa iaitu Black 30 dan Clear matte 2K01A seperti video Matte Black Samurai Paint.

  1. 2K08 Undercarriage Epoxy
  2. 2K07 PU Truck bed

Jadi, anda telah mempelajari langkah asas untuk mengecat semula bahagian motosikal  menggunakan SAMURAI Spray Paint dan boleh memulakan projek anda sendiri pada bila-bila masa sahaja. Jangan lupa untuk berkongsi pos kami dengan rakan-rakan anda dan tinggalkan komen anda di bawah untuk sebarang pertanyaan atau cadangan. Anda juga boleh berkongsi  projek anda dengan menghubungi kami di Facebook dan Instagram kami.

Ikuti Facebook dan Instagram kami untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai SAMURAI Spray Paint. Terima kasih atas kunjungan anda di blog kami.

More Videos

Samurai Paint

Don’t forget to subscribe our youtube channel for more interesting tutorial.

Leave a Replay

SAMURAIAN

Beyond paint, Samurai is a culture, a lifestyle. With a simple step of SAMURAI 2K, you can have the best finishing and top quality spray results just like using a spray gun in a workshop.

Recent Posts

Follow Us

Weekly Tutorial

Weekly Newsletter